Jyh Ming Sdn Bhd • August 27, 2018

Adakah Kabinet Dapur Anda Menggunakan Bahan Yang Tahan Air?

Pernahkah anda periksa bahan yang digunakan untuk membuat kabinet dapur anda dan mengapa kabinet pada bahagian sinki dapur mudah mengalami kerosakan?

Hal ini kerana bahan yang tidak kalis air digunakan pada bahagian sinki.

Adakah anda runsing dengan masalah ini?

PUNCA KEROSAKAN

PROSES PENGELUWAPAN YANG TERJADI DIBAWAH SINKI

Lazimnya, masalah kerosakan kabinet dapur berpunca daripada kebocoran paip pada bahagian sinki. Walhal, proses pengeluwapan yang berlaku pada bahagian bawah sinki juga mengundang kepada masalah ini. Pengeluwapan berlaku apabila molekul gas bertukar menjadi cecair.

Hal ini akan mengundang kepada kerosakan kabinet dan pertumbuhan kulat serta lumut pada permukaan kabinet dapur apabila ia basah. Oleh kerana ianya telah terdedah kepada kelembapan.

PENYELESAIAN MASALAH

Kini penggunaan kayu sebagai bahan asas pada kabinet sinki masih meluas dalam pasaran. Namun, kaedah yang lebih inovatif telah diperkenalkan bagi memastikan ketahanan kabinet yang lebih kuat. Antara bahan yang digunakan adalah ACP Board dan Aluminium.

Kelebihan

  • Tidak berkarat dan tahan air.
  • Harga mampu milik.
  • Permukaan yang licin dan mudah untuk dibersihkan.

Kekurangan

  • Mempunyai papan yang nipis.
  • Menampung beban yang ringan sahaja.

Kelebihan

  • Tahan lasak.
  • Tidak berkarat dan tahan air.
  • Mampu menampung beban yang berat.

Kekurangan

  • Harga yang mahal.



Sudah terbukti bahawa bahan seperti “stainless steel”, aluminium dan juga ACP merupakan bahan gantian yang bagus berbanding kayu disebabkan oleh sifatnya yang tahan air dan tahan lasak.

Found this helpful? Share it on social media.

July 8, 2026
Ramai yang tanya saya, "Penting sangat ke plaster ceiling ni? Kalau biarkan flat saja tak boleh ke?" Jawapan saya mudah: Lihat perbezaannya sendiri.
June 23, 2026
Duduk rumah high-rise memang mencabar kalau silingnya rendah. Rasa macam bumbung nak hempap kepala pun ada, kan? Tak Perlu Pecah Dinding Untuk Nampak Luas.
June 8, 2026
Bina siling beribu ringgit tapi guna lampu yang salah? Sayangnya! Pencahayaan adalah kunci untuk mencipta "Mood & Soul" dalam rumah anda.
Show More