Jyh Ming Sdn Bhd • September 28, 2018

Betul ke boleh cuci rumah guna bahan ni ?

Tak nak berbelanja besar beli produk cucian di rumah? Percaya tak sebenarnya terdapat banyak barangan di rumah anda yang boleh menggantikan produk cucian yang dijual di kedai.

Pada mulanya susah juga nak percaya, tapi lepas cuba memang berkesan dan jimat !

Apa kata kita sama-sama cuba cara alternatif ni, iaitu dengan menggunakan soda penaik (baking soda) dan cuka.

Ada 5 cara terbaik menggunakan bahan-bahan ini :

1. Membersihkan sinki

Sumber : www.pinterest.com


  • Basahkan sinki dengan air dan tuangkan baking soda ke dalam sinki, kemudian gosok sinki tersebut

ATAU


  • Basahkan tisu yang sudah dituangkan dengan sedikit cuka dan biarkan selama 20 minit.

2. Membersihkan kawasan tandas

Bahan-Bahan


1 2⁄3 cawan baking soda

½ cawan sabun cecair pencuci pakaian

½ cawan air

2 sudu teh cuka

Botol pembersih


Cara-Cara: Campurkan baking soda, cecair cucian pakaian, cuka dan air ke dalam botol. Goncang untuk mencampurkannya. Sebelum guna, pastikan goncang botol terlebih dahulu.

Cara Bersihkan: Jiruskan air pada tempat kotor dan gosok menggunakan span hingga kotoran hilang. Kemudian, bersihkan dengan air.

3. Membersihkan karpet

Kotoran pada karpet boleh dihilangkan dengan dua campuran ini. Campurkan 2 sudu teh garam dan setengah cawan cuka. Gosokkan pada kawasan kotoran, biarkan sehingga kering dan vakum hingga bersih.

4. Mencuci pakaian


  • Gantikan peluntur dengan campuran baking soda dan cuka. Pakaian akan jadi lebih putih.
  • Untuk pelembut kain pula, campurkan 6 cawan air, 3 cawan cuka, dan 2 cawan perapi rambut pilihan anda. Tambahkan 2 sudu besar campuran tadi ke dalam mesin basuh anda.


5. Membersihkan peti sejuk


  • Gunakan campuran air dan cuka untuk membersihkan peti sejuk. Bagi mengelakkan pertumbuhan kulat, tuangkan cuka pada kain dan gunakan kain tadi untuk mebersihkan dinding dan bahagian hadapan peti sejuk.
  • Untuk hilangkan bau peti sejuk, letakkan serbuk baking soda ke dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. Tukar selepas beberapa bulan. Bau-bau yang kurang menyenangkan tadi akan diserap oleh baking soda.

Found this helpful? Share it on social media.

June 8, 2026
Bina siling beribu ringgit tapi guna lampu yang salah? Sayangnya! Pencahayaan adalah kunci untuk mencipta "Mood & Soul" dalam rumah anda.
May 23, 2026
Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tengadah! Memasang siling plaster bukan sekadar nampak rata dari bawah, tapi struktur di sebaliknya yang menentukan sama ada ia selamat atau bakal retak seribu.
May 8, 2026
Selama berpuluh tahun, kita disogok dengan idea bahawa siling "mesti" warna putih. Jom teroka 3 trend warna siling berani yang memberi karakter unik pada ruang anda.
Show More