Jyh Ming Sdn Bhd • September 1, 2018

Kesan Penggunaan Cooker Hood Tanpa “Filter”

PERANAN “FILTER” DI DALAM COOKER HOOD

Penting untuk mengetahui fungsi “ filter/penapis” , cooker hood anda terlebih dahulu. Cooker hood berfungsi untuk menyedut asap, stim dan bau melalui “ penapis” untuk membantu membersihkan udara. “ Penapis” berfungsi untuk menapis gris dan zarah semasa memasak daripada terlepas kebahagian dalam cooker hood. Jika ianya terlepas, turbine cooker hood akan menjadi berat dan akan mengakibatkan kuasa sedutan menjadi semakin lemah.


KESAN COOKER HOOD TANPA “FILTER”

Kebersihan cooker hood sangat penting. Cooker hood berfungsi untuk meyedut ASAP , MINYAK , BAU dan HABA PANAS . Tidak hairan jika tidak sampai beberapa bulan kuasa sedutan cooker hood anda semakin lemah dan menghasilkan bunyi yang kuat. Hal ini terjadi kerana bahagian dalam cooker hood anda sudah dipenuhi dengan kotoran, habuk dan minyak yang melekit. Ini akan menyebabkan geseran bertambah dan motor tidak dapat berfungsi seperti biasa. Turbine juga akan menjadi berat dan menyebabkan kuasa sedutan semakin berkurangan.

Jika cooker hood anda tidak mempunyai “filter” , bau yang busuk dan kurang menyenangkan juga akan terhasil. Ini disebabkan oleh minyak, habuk dan kotoran lama yang melekat di dalam bahagian cooker hood. Memilih cooker hood yang tiada “filter” juga akan menyebabkan host anda dipenuhi dengan minyak. Akhirnya, minyak akan keluar ke belakang endcap dan akan menyebabkan dinding menjadi kotor.

“Filter” memainkan peranan yang sangat penting di dalam cooker hood. Pilihlah cooker hood anda dengan bijak.


JENIS-JENIS “FILTER” COOKER HOOD

KESAN TERHADAP TURBINE BAGI COOKER HOOD YANG TIADA “FILTER”

Apabila turbine cooker hood penuh dengan minyak, habuk dan kotoran, kuasa sedutan akan menjadi semakin lemah.

Found this helpful? Share it on social media.

July 8, 2026
Ramai yang tanya saya, "Penting sangat ke plaster ceiling ni? Kalau biarkan flat saja tak boleh ke?" Jawapan saya mudah: Lihat perbezaannya sendiri.
June 23, 2026
Duduk rumah high-rise memang mencabar kalau silingnya rendah. Rasa macam bumbung nak hempap kepala pun ada, kan? Tak Perlu Pecah Dinding Untuk Nampak Luas.
June 8, 2026
Bina siling beribu ringgit tapi guna lampu yang salah? Sayangnya! Pencahayaan adalah kunci untuk mencipta "Mood & Soul" dalam rumah anda.
Show More