Jyh Ming Sdn Bhd • September 24, 2019

Nak yang paling murah? Baca ni dulu....

"Untuk siling kapur berapa anggaran kos?"
"Macam mana nak kira?"
"Kalau nak pattern macam ni berapa ye sekaki?"
"Paling murah berapa?"
"Saya nak yang paling murah."

Ni antara soalan yang selalu ditanya bila nak survey siling kapur. 
AWAS! Jika ada kontraktor yang menawarkan harga siling kapur yang terlalu rendah dari harga pasaran semasa, kami sarankan anda lari jauh-jauh sebelum anda dikenakan caj tersembunyi. Situasi sebenar dalam membuat siling kapur adalah dengan mengukur lokasi tapak. Namun ramai yang mengambil ukuran pada pelan asal untuk menampung kerugian yang mereka alami.

Nak tahu cara pengiraan siling kapur? Boleh lihat di sini
Sebelum menempah siling kapur, lihat dahulu kualiti kerja dan barang yang digunakan. Di pasaran sekarang ada banyak jenis plaster board. Semakin kurang campuran kapur, semakin murahlah harga plaster board tersebut.


Selain itu, jarak dan susunan tulang besi merupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan siling kapur mendapat sokongan yang baik. Kebiasaannya, jarak susunan tulang besi adalah 18' x 28'. Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat dalam pasaran yang menggunakan jarak yang lebih jauh dengan ukuran 24' x 36'. Semakin jauh jarak tulang besi, semakin lemahlah sokongan antara tulang besi dengan siling kapur. Silap pasang siling boleh jatuh, jadi tak beralun dan tidak rata.
Bila tulang besi terlalu jauh , sokongan antara tulang besi dan siling kapur semakin lemah dan ini akan menyebabkan papan siling kapur senang lendut. Macam video dekat atas, tukang baru tarik sikit je papan terus tercabut.

Kos untuk mengupah kontraktor lain untuk membaiki semula amatlah mahal dan hasilnya tak seperti asal. Bukan itu sahaja, proses untuk baiki semula siling sangat melecehkan. Tuan rumah terpaksa pindahkan barang dan rumah akan penuh dengan debu. Belum lagi masuk proses mengecat. Kos untuk mengecat semula bukannya murah. Bila baiki siling bukan hanya siling saja yang perlu dicat. Dinding dirumah juga perlu dicat semula. Hal ini, akan membebankan tuan rumah. Awalnya nak berjimat tapi akhirnya rugi.

Nak yang murah tak salah, tapi pernah tak kita terfikir apa yang kita akan dapat. Kualiti antara barang yang mahal dan murah tidak sama. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak.


Hubungi Kami Sekarang :


Anda juga boleh tengok hasil kerja kami DISINI ^^

Found this helpful? Share it on social media.

April 23, 2026
Bina siling beribu ringgit tapi guna lampu yang salah? Sayangnya! Pencahayaan bukan sekadar untuk terang, tapi untuk mencipta "Mood & Soul" dalam rumah anda.
April 8, 2026
Jangan sampai buat kerja dua kali! Ketahui flow kerja yang betul untuk rumah yang kemas dan poket yang selamat.
February 26, 2026
Ketahui bagaimana pemasangan siling plaster yang betul boleh menyejukkan rumah dan mengurangkan bil elektrik anda secara drastik.
Show More