Jyh Ming Sdn Bhd • May 15, 2019

Pemilihan Meja Makan Yang Tepat

Meja makan merupakan salah satu pelengkap didalam rumah dimana ia sangat penting dan sesuai dijadikan tempat berkumpul untuk menjamu selera. Terdapat beberapa jenis bentuk dan saiz meja makan yang boleh kita pilih untuk mengisi ruang dapur. Namun saiz ruang dan sekeliling perlulah diambil kira sebelum meletakkan meja makan supaya keadaan akan menjadi lebih selesa.

Meja makan segi empat.

  • susunannya sangat menjimatkan ruang kerana ia tidak menggunakan ruangan yang besar.
  • Sesuai untuk ruangan yang memanjang kerana kebiasaannya ramai yang akan menggunakan meja makan segi empat yang mempunyai lebih dari 6 kerusi.
  • Jika ruangan dapur tidak terlalu besar, meja makan segi empat dapat diletakkan rapat pada dinding.
  • Sesuai digunakan untuk berkumpul satu keluarga kerana ia dapat melibatkan ramai orang.
  • mempunyai bucu yang tajam yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jika melanggarnya.

Meja makan bulat.

  • Meja bulat memenuhi ruang dengan cara yang tertentu iaitu semua akan berada di sekelilingnya.
  • Meja makan bulat lebih kepada mesra pengguna kerana tidak ada yang akan duduk dibahagian hujung meja.
  • Meja makan bulat yang mempunyai 7 kerusi mempunyai diameter yang sangat panjang dan memerlukan banyak ruang.
  • Tidak mempunyai bucu tajam yang berbahaya dimana pengguna boleh terlanggar pada bucu tersebut.
  • Memerlukan ruangan dapur yang luas supaya saiz meja tidak menjadi penghalang untuk bergerak ke ruangan lain.

Found this helpful? Share it on social media.

July 8, 2026
Ramai yang tanya saya, "Penting sangat ke plaster ceiling ni? Kalau biarkan flat saja tak boleh ke?" Jawapan saya mudah: Lihat perbezaannya sendiri.
June 23, 2026
Duduk rumah high-rise memang mencabar kalau silingnya rendah. Rasa macam bumbung nak hempap kepala pun ada, kan? Tak Perlu Pecah Dinding Untuk Nampak Luas.
June 8, 2026
Bina siling beribu ringgit tapi guna lampu yang salah? Sayangnya! Pencahayaan adalah kunci untuk mencipta "Mood & Soul" dalam rumah anda.
Show More