Jyh Ming Sdn Bhd • September 14, 2018

Terbongkar! Punca Plaster Siling Runtuh

Baru-baru ini, kami terima satu kes di Seberang Balok, dimana plaster silingnya sudah lendut dan hampir jatuh. Tuan rumah terpaksa menggunakan batang penyapu untuk menampung plaster siling dan menghalangnya dari jatuh. Tuan rumah juga bagitahu kami yang ada kucing bermain di atas siling rumahnya. Cuba bayangkan kalau sudah ada kesan bocor dan retak ditambah pula dengan kucing apakah yang akan terjadi? Jadi, tuan rumah ambil keputusan untuk contact kami dan tukar semua plaster siling dan cornice di rumahnya. Jika berginilah hasil yang tuan rumah terima, harga yang murah bukan lagi menjadi suatu tarikan.

Mengapa perkara sebegini boleh berlaku?


Sebenarnya ramai yang tak tahu, ikatan gentian sangat penting untuk membuat plaster siling. Gentian berfungsi untuk menguatkan lagi ikatan papan siling dengan ikatan tulang. Namun ramai kontraktor yang tidak meletakkan ikatan gentian semata-mata untuk menjimatkan kos. Bahkan, jarak ikatan struktur antara tulang besi dengan tulang besi yang lain sangatlah jauh. Ini juga antara cara kontraktor menjimatkan kos, sekali gus masa yang diperlukan untuk bekerja sangatlah singkat. Jadi kos pekerja yang perlu ditanggung bagi pihat kontraktor sangatlah sikit.

Found this helpful? Share it on social media.

July 8, 2026
Ramai yang tanya saya, "Penting sangat ke plaster ceiling ni? Kalau biarkan flat saja tak boleh ke?" Jawapan saya mudah: Lihat perbezaannya sendiri.
June 23, 2026
Duduk rumah high-rise memang mencabar kalau silingnya rendah. Rasa macam bumbung nak hempap kepala pun ada, kan? Tak Perlu Pecah Dinding Untuk Nampak Luas.
June 8, 2026
Bina siling beribu ringgit tapi guna lampu yang salah? Sayangnya! Pencahayaan adalah kunci untuk mencipta "Mood & Soul" dalam rumah anda.
Show More