Jyh Ming Sdn Bhd • February 19, 2019

Undermount VS Topmount Sink

Sinki berfungsi sebagai tempat tadahan air semasa mencuci tangan dan juga peralatan dapur. Terdapat beberapa jenis model yang dijual di pasaran antaranya ialah "topmount sink" dan "undermount sink". Anda disarankan untuk membuat tinjauan terlebih dahulu sebelum membeli. Ini kerana setiap sinki mempunyai perbezaan dari segi cara pemasangan.

Topmount Sink

Kelebihan

  • Pemasangan dan penyelenggaraan lebih mudah berbanding "undermount sink".
  • Sesuai untuk semua jenis "table top".
  • Bahagian tepi "table top" kelihatan lebih kemas.

Kekurangan

  • Sisa makanan berpotensi untuk melekat dan tersangkut pada bahagian silikon yang digunakan sebagai alat pemasangan sinki. Ia akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria yang akan menjejaskan kesihatan anda dan keluarga.

Undermount Sink

Kelebihan

  • Kerja-kerja pembersihan "table top" akan menjadi lebih mudah kerana sisa makanan dan tumpahan boleh terus disapu masuk kedalam sinki tanpa sebarang halangan.
  • Pemasangan "table top" yang dilebihkan disekeliling sinki bertujuan untuk melindungi silikon daripada kelihatan.

Kekurangan

  • Pemasangan yang teliti harus dilakukan kerana ia melibatkan kerja yang rumit dan akan merugikan seandainya kerja pembaikan atau penggantian semula terpaksa dilakukan.
  • Pertukaran sinki yang baru hendaklah bersesuaian mengikut ukuran lubang "table top" yang telah dipotong.

Walaupun terdapat " silicon anti-fungus" dipasaran, kulat dan bakteria masih akan melekat pada permukaan silikon disebabkan oleh bahan pencuci yang digunakan. Keadaan ini akan menyebabkan kesan kotoran hitam muncul dan tidak enak untuk dipandang.


Bolehkah pemasangan "topmount sink" menggunakan kaedah pemasangan "undermount sink"?

Sesetengah "topmount sink" boleh dipasang menggunakan kaedah pemasangan "undermount sink" selagi mana proses pemasangan pada bahagian bibir sinki tidak mengalami sebarang kesukaran. Hal ini bertujuan untuk, memastikan daya tampungan sinki lebih kuat. Sesetengah bibir "topmount sink" mempunyai permukaan yang tidak rata dan akan menyebabkan kesukaran sewaktu proses menutup ronga sinki dengan silikon dilakukan.

Found this helpful? Share it on social media.

June 8, 2026
Bina siling beribu ringgit tapi guna lampu yang salah? Sayangnya! Pencahayaan adalah kunci untuk mencipta "Mood & Soul" dalam rumah anda.
May 23, 2026
Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tengadah! Memasang siling plaster bukan sekadar nampak rata dari bawah, tapi struktur di sebaliknya yang menentukan sama ada ia selamat atau bakal retak seribu.
May 8, 2026
Selama berpuluh tahun, kita disogok dengan idea bahawa siling "mesti" warna putih. Jom teroka 3 trend warna siling berani yang memberi karakter unik pada ruang anda.
Show More