Blog Post

Kenapa tuan rumah suka tanya harga sekaki berapa?

Jyh Ming Sdn Bhd • Oct 13, 2021

Selalunya, apabila tuan rumah survey siling kapur soalan yang kerap ditanya mesti harga sekaki berapa?

Kenapa kita selalu tekankan harga sekaki berapa sedangkan kita tak tahu pun apa yang kita akan dapat. Contohnya kualiti barang dan hasil kerja .

Sebelum tu, jom kita fahamkan cara pengiraan siling kapur. Untuk mengira harga siling kapur ianya bergantung kepada:

  1. Luas (sqft/m2)
  2. Saiz besi
  3. Design siling kapur
Sebagai contoh, jika tuan rumah hendak membuat plain board dan luas kawasan yang hendak dibuat melebihi 250 sqft , maka kiraan kaki persegi akan digunakan .

Tetapi jika luas kawasan plain board yang hendak dibuat kurang daripada 250 sqft maka kiraan secara lump sum akan digunakan untuk setiap ruangan .

Kos pengangkutan, kos pekerja dan kos barang yang tinggi menyebabkan ianya tidak masuk asal untuk menggunakan kiraan kaki persegi.

Kiraan kaki persegi tidak tepat untuk projek kecil . Jika projek melibatkan pembanggunan atau perumahan yang baru barulah kiraan kaki persegi digunakan.

Gambar rajah dibawah pula menunjukkan contoh cara kiraan pada pelan asal dan pelan site :

Situasi sebenar dalam membuat siling kapur adalah dengan mengukur lokasi tapak . Namun ramai yang mengambil ukuran pada pelan asal untuk menampung kerugian yang mereka alami.

Selain itu, jarak dan susunan tulang besi murupakan faktor yang sangat penting untuk memastikan siling kapur mendapat sokongan yang baik . Kebiasaannya, jarak susunan tulang besi adalah 18"x28" .

Walaubagaimanapun, ada sesetengah syarikat dalam pasaran yang menggunakan jarak yang lebih jauh dengan ukuran 24"x36". Semakin jauh jarak tulang besi, semakin lemahlah sokongan antara tulang besi dan siling kapur .

 

Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui salah satu elemen yang penting untuk membina siling kapur adalah gentian yang mana ianya berfungsi untuk menguatkan lagi ikatan papan siling dengan ikatan tulang. Namun sering kali kita terjumpa kes-kes yang melibatkan siling kapur yang dibuat oleh sesetengah kontraktor tidak meletakkan ikatan gentian semata-mata untuk mengurangkan kos bahan mentah. Bahkan, jarak ikatan struktur antara satu tulang besi dengan tulang besi yang lain juga sangatlah jauh. Ini juga antara cara kontraktor menjimatkan kos bahan mentah, sekali gus masa yang diperlukan untuk bekerja sangatlah singkat. Jadi kos pekerja yang perlu ditanggung bagi pihak kontraktor amatlah sikit.

Sebab tu, kalau ada kontraktor yang menawarkan harga siling kapur yang terlampau murah dari harga pasaran semasa, kami sarankan anda lari jauh-jauh sebelum dikenakan cas tersembuyi.

Paling parah jika duit deposit dah dibayar tetapi kerja tak siap dan tergantung separuh jalan. Kos untuk memanggil kontraktor lain untuk menyiapkan kerja separuh jalan amatlah mahal.

Oleh itu, sebelum kita bertanya harga sekaki berapa. Pastikan kita tahu dulu kualiti barang yang digunakan dan hasil kerja mereka.


Hubungi Kami Sekarang :

Mr Andrew : https://api.whatsapp.com/send?phone=60129837577

Anda juga boleh tengok hasil kerja kami DISINI ^^


By Jyh Ming Sdn Bhd 24 May, 2022
Adakah anda memilih saiz sinki yang betul? Adakah anda terlalu membongkok semasa membasuh pinggan? Adakah sinki anda memakan ruang table top yang banyak? Atau, adakah sinki anda sudah penuh lepas letakkan beberapa pinggan yang kotor? Hari ini Uncle Andrew hendak berkongsikan dengan anda, 3 tips untuk memilih saiz sinki yang betul. Saiz Sinki Kedalaman Sinki Jumlah Mangkuk Jom tengok video dibawah untuk lebih detail
By Jyh Ming Sdn Bhd 10 Nov, 2021
Pemasangan dapur masak adalah kerja yang sangat penting. Pastikan anda dapat info ini sebelum kerja pemasangan dijalankan. Dapur masak jenis tempered glass sangat cantik dan mudah dibersihkan selepas aktiviti memasak. Tetapi ada risiko jika pemasangan tidak dilakukan dengan betul. Jom kita dengar penjelasan Uncle Andrew
By Jyh Ming Sdn Bhd 09 Nov, 2021
Sebelum kontraktor buat wiring, pastikan kita tahu dimana kita hendak letak setiap plug point.
Show More
Share by: