BLOG

Kitchen Cabinet

By Jyh Ming Sdn Bhd 24 May, 2022
Adakah anda memilih saiz sinki yang betul? Adakah anda terlalu membongkok semasa membasuh pinggan? Adakah sinki anda memakan ruang table top yang banyak? Atau, adakah sinki anda sudah penuh lepas letakkan beberapa pinggan yang kotor? Hari ini Uncle Andrew hendak berkongsikan dengan anda, 3 tips untuk memilih saiz sinki yang betul. Saiz Sinki Kedalaman Sinki Jumlah Mangkuk Jom tengok video dibawah untuk lebih detail
By Jyh Ming Sdn Bhd 09 Nov, 2021
Sebelum kontraktor buat wiring, pastikan kita tahu dimana kita hendak letak setiap plug point.
By Jyh Ming Sdn Bhd 16 Oct, 2021
Anda sedang merancang dapur idaman? Bagaimana cara untuk mendapat susun atur kabinet dapur yang sesuai dan menarik? Terdapat 6 susun atur dapur yang pratikal iaitu: 1.Kabinet dapur U-Shaped Mempunyai tiga bahagian cabinet. Kebiasaan bentuk susun atur kabinet dapur ini ada pada rumah teres yang direnovasi pada bahagian dapur. Kabinet dapur berbentu ‘U’ memberikan ruangan kerja yang lebih besar, dengan kaunter dan ruang kabinet tambahan. Susun atur ini juga dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak. 2.Kabinet dapur G-Shaped Ia merupakan penambahan kabinet pada dapur berbentuk U untuk menjadi dapur kita lebih tertutup. Ia direka dengan pulau yang disambung dengan counter top. Pada yang teringin untuk menambahkan pulau di dapur mungkin boleh menggunakan susun atur dapur ni kerana anda juga boleh menggunakan ruang tu untuk menyediakan bahan masakan atau bersantai bersama keluarga. 3.Kabinet dapur L-Shaped Kabinet dapur bentuk L hanya memerlukan dua dinding. Ini membuka ruang kepada kediaman berstail yang lebih luas. Ia memberikan ruang yang mudah diurus dan lebih efisien. Jika anda masih ada ruang kosong, anda juga boleh menambahkan meja makan kecil atau pulau mengikut kesesuaian ruang anda, barulah nampak cantik je susun atur dapur anda tu. 4.Kabinet dapur I-Shaped Susun atur ini menempatkan ketiga-tiga pusat kerja dalam satu barisan, dengan kabinet dan peralatan memasak yang dipasang pada satu dinding tunggal. Memasak juga sangat mudah kerana semuanya senang dicapai. 5.Kabinet dapur ‘Galley’ Susun atur dapur jenis ni menggunakan dua dinding yang bertentangan antara satu sama lain, yang mewujudkan satu jalan di tengah-tengah. Semua bahan yang diperlukan ketika memasak boleh diambil dengan mudah dan pusat kerja juga diletak dalam posisi yang praktikal. Jika masih ada ruang yang besar di bahagian tengah, anda juga boleh menambahkan pulau untuk membuatkan dapur anda nampak lebih moden. 6.Susun atur dengan pulau Reka bentuk ini amat sesuai untuk dapur yang luas kerana ia membolehkan anda membahagikannya kepada beberapa ruang kerja yang lebih kecil dan efisien. Pulau ataupun ruangan tengah dapur ini boleh digunakan untuk penyediaan makanan, memasak atau ruang bersosial. Ruang kaunter yang ada juga boleh digunakan sebagai tempat untuk bersarapan. Jika anda menambahkan pulau pada dapur bentuk-L ia akan menjadi seperti dapur bentuk-U, dan kalau pulau ditambah pada dapur satu dinding, ianya terus akan menjadi seperti dapur design galei. Menarikkan? Walau bagaimanapun, sebelum anda menambahkan pulau ni, pastikan dulu yang ruangan dapur anda memang cukup besar.
Show More

PLASTER CEILING

By Jyh Ming Sdn Bhd 13 Oct, 2021
Selalunya, apabila tuan rumah survey siling kapur soalan yang kerap ditanya mesti harga sekaki berapa? Kenapa kita selalu tekankan harga sekaki berapa sedangkan kita tak tahu pun apa yang kita akan dapat. Contohnya kualiti barang dan hasil kerja . Sebelum tu, jom kita fahamkan cara pengiraan siling kapur. Untuk mengira harga siling kapur ianya bergantung kepada: Luas (sqft/m2) Saiz besi Design siling kapur Sebagai contoh, jika tuan rumah hendak membuat plain board dan luas kawasan yang hendak dibuat melebihi 250 sqft , maka kiraan kaki persegi akan digunakan . Tetapi jika luas kawasan plain board yang hendak dibuat kurang daripada 250 sqft maka kiraan secara lump sum akan digunakan untuk setiap ruangan . Kos pengangkutan, kos pekerja dan kos barang yang tinggi menyebabkan ianya tidak masuk asal untuk menggunakan kiraan kaki persegi. Kiraan kaki persegi tidak tepat untuk projek kecil . Jika projek melibatkan pembanggunan atau perumahan yang baru barulah kiraan kaki persegi digunakan. Gambar rajah dibawah pula menunjukkan contoh cara kiraan pada pelan asal dan pelan site :
By Jyh Ming Sdn Bhd 29 Nov, 2019
Cornice adalah hiasan yang diletakkan di tepi siling kapur . Ia mempunyai banyak pilihan bentuk, bunga, corak dan warna . Ada sesetengah orang lebih suka corak berwarna putih dan ada juga yang suka corak berwarna. Jika anda memilih cornice berwarna , harganya jauh lebih mahal berbanding cornice warna putih.
By Jyh Ming Sdn Bhd 24 Sep, 2019
"Untuk siling kapur berapa anggaran kos?" "Macam mana nak kira?" "Kalau nak pattern macam ni berapa ye sekaki?" "Paling murah berapa?" "Saya nak yang paling murah." Ni antara soalan yang selalu ditanya bila nak survey siling kapur.
Show More

APPLIANCES

By Jyh Ming Sdn Bhd 10 Nov, 2021
Pemasangan dapur masak adalah kerja yang sangat penting. Pastikan anda dapat info ini sebelum kerja pemasangan dijalankan. Dapur masak jenis tempered glass sangat cantik dan mudah dibersihkan selepas aktiviti memasak. Tetapi ada risiko jika pemasangan tidak dilakukan dengan betul. Jom kita dengar penjelasan Uncle Andrew
By Jyh Ming Sdn Bhd 25 May, 2021
Pernah tak anda hadapi situasi ni? Bila kita bukak api dapur gas memasak, api tak menyala. Tahukah anda anda , sebenenarnya masalah ini simple je. Mungkin ada yang tak tahu hal ini. Sebenarnya jika api gas tak keluar bila kita buka gas, ialah disebabkan cara kita pusing knob atau bateri yang terletak dibawah dapur sudah habis dan perlu diganti dengan baru. 1. CARA PUSINGKAN KNOB DAN ADJUST API Pastikan anda tekan knob sampai habis
By Uncle Andrew 22 May, 2021
Boleh dikatakan semua orang memasak setiap hari, tak kira lelaki atau perempuan. Selepas memasak, mesti badan berpeluh kan? Dinding dapur pun berminyak sebab asap semasa kita masak. Lepas tu nak kena cuci dapur pula. Sekarang dah ramai yang pasang cooker hood de kat dapur. Cooker hood ni boleh bersihkan udara daripada wap, minyak, bau dan asap yang terhasil sewaktu kita memasak. 
Show More
Share by: