6 Jenis Susun Atur Dapur

Jyh Ming Sdn Bhd • October 16, 2021

Anda sedang merancang dapur idaman? Bagaimana cara untuk mendapat susun atur kabinet dapur yang sesuai dan menarik?


Terdapat 6 susun atur dapur yang pratikal iaitu:

 

1.Kabinet dapur U-Shaped

Mempunyai tiga bahagian cabinet. Kebiasaan bentuk susun atur kabinet dapur ini ada pada rumah teres yang direnovasi pada bahagian dapur.

 

Kabinet dapur berbentu ‘U’ memberikan ruangan kerja yang lebih besar, dengan kaunter dan ruang kabinet tambahan. Susun atur ini juga dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga ketika memasak.

 

 2.Kabinet dapur G-Shaped

Ia merupakan penambahan kabinet pada dapur berbentuk U untuk menjadi dapur kita lebih tertutup. Ia direka dengan pulau yang disambung dengan counter top.

 

Pada yang teringin untuk menambahkan pulau di dapur mungkin boleh menggunakan susun atur dapur ni kerana anda juga boleh menggunakan ruang tu untuk menyediakan bahan masakan atau bersantai bersama keluarga.

 

3.Kabinet dapur L-Shaped

Kabinet dapur bentuk L hanya memerlukan dua dinding. Ini membuka ruang kepada kediaman berstail yang lebih luas. Ia memberikan ruang yang mudah diurus dan lebih efisien. Jika anda masih ada ruang kosong, anda juga boleh menambahkan meja makan kecil atau pulau mengikut kesesuaian ruang anda, barulah nampak cantik je susun atur dapur anda tu.

 

4.Kabinet dapur I-Shaped

Susun atur ini menempatkan ketiga-tiga pusat kerja dalam satu barisan, dengan kabinet dan peralatan memasak yang dipasang pada satu dinding tunggal. Memasak juga sangat mudah kerana semuanya senang dicapai.


5.Kabinet dapur ‘Galley’

Susun atur dapur jenis ni menggunakan dua dinding yang bertentangan antara satu sama lain, yang mewujudkan satu jalan di tengah-tengah. Semua bahan yang diperlukan ketika memasak boleh diambil dengan mudah dan pusat kerja juga diletak dalam posisi yang praktikal. Jika masih ada ruang yang besar di bahagian tengah, anda juga boleh menambahkan pulau untuk membuatkan dapur anda nampak lebih moden.

 

6.Susun atur dengan pulau
 Reka bentuk ini amat sesuai untuk dapur yang luas kerana ia membolehkan anda membahagikannya kepada beberapa ruang kerja yang lebih kecil dan efisien. Pulau ataupun ruangan tengah dapur ini boleh digunakan untuk penyediaan makanan, memasak atau ruang bersosial.  Ruang kaunter yang ada juga boleh digunakan sebagai tempat untuk bersarapan.

 

Jika anda menambahkan pulau pada dapur bentuk-L ia akan menjadi seperti dapur bentuk-U, dan kalau pulau ditambah pada dapur satu dinding, ianya terus akan menjadi seperti dapur design galei. Menarikkan?


Walau bagaimanapun, sebelum anda menambahkan pulau ni, pastikan dulu yang ruangan dapur anda memang cukup besar.

Found this helpful? Share it on social media.

December 24, 2025
Pemilihan warna kabinet dapur memainkan peranan penting dalam menentukan rupa, suasana, dan keselesaan dapur. Warna yang sesuai bukan sahaja meningkatkan nilai estetik, malah membantu menjadikan dapur kelihatan lebih luas, cerah, dan kemas. Artikel ini menghimpunkan kombinasi warna kabinet dapur terbaik yang sesuai untuk pelbagai konsep kediaman, sama ada moden, minimalis, atau berunsur semula jadi. Kenapa Pemilihan Warna Kabinet Dapur Sangat Penting? Warna kabinet dapur memberi kesan langsung kepada: Pencahayaan ruang dapur Ilusi keluasan dapur kecil Keselesaan penggunaan harian Tahap penyelenggaraan jangka panjang Dengan pemilihan warna yang betul, dapur akan kelihatan lebih tersusun, profesional, dan tahan lama dari segi gaya. Kombinasi Warna Kabinet Dapur Hangat & Mesra Aprikot dan Butiran Kayu Kabinet dapur warna aprikot memberikan tona lembut yang cerah dan menyenangkan mata. Apabila digabungkan dengan butiran kayu, dapur akan kelihatan lebih natural, hangat, dan selesa. Kombinasi ini sesuai untuk: Dapur konsep Scandinavian Dapur Japandi Kediaman keluarga Selain cantik, tekstur kayu juga membantu menyamarkan kesan kotoran ringan, menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian. Khaki dan Kelabu Gelap Warna khaki mencipta suasana semula jadi dan tenang, manakala kelabu gelap menambah sentuhan moden dan eksklusif. Gabungan ini sangat sesuai untuk: Kabinet dapur moden Dapur konsep industrial Rumah dengan rekaan kontemporari Kelabu gelap membantu menyembunyikan cap jari dan kotoran, manakala khaki lebih lembut di mata untuk penggunaan jangka panjang. Kombinasi Warna Kabinet Dapur Minimalis & Mewah Putih Berkilat Sepenuhnya Kabinet dapur putih berkilat mencipta suasana bersih, segar, dan moden. Ia sangat sesuai untuk dapur kecil kerana membantu memberi ilusi ruang yang lebih luas. Kelebihan: Pencahayaan lebih baik Reka bentuk minimalis Nampak kemas dan eksklusif Namun, warna ini memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerap. Kelabu Terang dan Kelabu Gelap Gabungan kelabu terang sebagai asas dan kelabu gelap sebagai aksen memberi keseimbangan antara praktikal dan mewah. Sesuai untuk: Dapur moden Eropah Kabinet dapur premium Ruang dapur berkonsep eksklusif Warna ini juga tidak mudah menampakkan kotoran, menjadikannya pilihan yang popular untuk dapur sibuk. Kombinasi Kabinet Dapur Kayu & Warna Alam Kelabu Susu dan Kayu Walnut Kelabu susu ialah warna neutral yang menenangkan, manakala kayu walnut menambah elemen mewah dan tekstur semula jadi. Kombinasi ini sesuai untuk: Dapur konsep earthy Reka bentuk kontemporari Penggunaan jangka panjang Ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai jenis lantai dan kemasan dapur. Putih Krim dan Kayu Oak Semula Jadi Putih krim memberikan suasana lembut dan mesra, digabungkan dengan kayu oak yang tahan lama dan bertekstur semula jadi. Sesuai untuk: Dapur moden rustik Konsep desa moden Rumah yang menitikberatkan keselesaan Gabungan ini praktikal kerana kotoran kecil kurang ketara. Tips Memilih Warna Kabinet Dapur Yang Betul Untuk hasil terbaik, pertimbangkan panduan berikut: Gunakan warna asas seperti putih, kelabu, dan kayu Pilih warna cerah untuk kabinet atas dan warna gelap untuk kabinet bawah Elakkan penggunaan lebih daripada dua warna utama Pilih warna yang sesuai dengan pencahayaan dapur Kesimpulan Kombinasi warna kabinet dapur yang betul mampu meningkatkan nilai estetik, fungsi, dan keselesaan sesebuah kediaman. Dengan pemilihan warna yang sesuai, dapur bukan sahaja kelihatan cantik tetapi juga praktikal untuk jangka masa panjang. Untuk rekaan kabinet dapur yang sesuai dengan konsep rumah anda, hubungi pasukan kami untuk konsultasi profesional .
By Jyh Ming Sdn Bhd May 24, 2022
Adakah anda memilih saiz sinki yang betul? Adakah anda terlalu membongkok semasa membasuh pinggan? Adakah sinki anda memakan ruang table top yang banyak? Atau, adakah sinki anda sudah penuh lepas letakkan beberapa pinggan yang kotor? Hari ini Uncle Andrew hendak berkongsikan dengan anda, 3 tips untuk memilih saiz sinki yang betul. Saiz Sinki Kedalaman Sinki Jumlah Mangkuk Jom tengok video dibawah untuk lebih detail
By Jyh Ming Sdn Bhd November 10, 2021
Pemasangan dapur masak adalah kerja yang sangat penting. Pastikan anda dapat info ini sebelum kerja pemasangan dijalankan. Dapur masak jenis tempered glass sangat cantik dan mudah dibersihkan selepas aktiviti memasak. Tetapi ada risiko jika pemasangan tidak dilakukan dengan betul. Jom kita dengar penjelasan Uncle Andrew
Show More