Jyh Ming Sdn Bhd • November 9, 2021

Betulkah kedudukan plug point anda selama ini?

Sebelum kontraktor buat wiring, pastikan kita tahu dimana kita hendak letak setiap plug point.

Jom kita tengok gambar ni

  • Kedudukan plug point pada bahagian tempat masak kurang sesuai.
  • Jika kita nak pasang sambungan wayar dan pada masa yang sama hendak memasak, kita bimbang api akan terkena pada wayar tersebut dan akan menyebabkan kebakaran.
  • Oleh itu, lebih baik jika plug point tersebut tidak digunakan

Apa kedudukan plug point yang betul sebenarnya?

  • Pastikan pemasangan plug point tidak berhampiran dengan saluran paip gas dan sumber air.
  •  Kedudukan plug perlu diletak mengikut kedudukan susun atur barang elektrik kita supaya mudah digunakan.
  •  Jangan letak plug point diatas tempat masak atau terlalu dekat dengan sinki.
  •  Sekiranya anda hendak melakukan kerja pemasangan kabinet dapur dinding, kedudukan plug point kebiasaanya akan berubah. Ketinggian 1400mm kebawah iaitu dari lantai ke plug point adalah ketinggian yang paling sesuai.
  •  Tidak disarankan menaikkan kedudukan kabinet dapur dinding hanya kerana tidak mahu mengubah kedudukan plug point asal. Biasanya tuan rumah buat macam ni sebab bimbang kos wiring yang akan terlibat nanti.

Found this helpful? Share it on social media.

July 8, 2026
Ramai yang tanya saya, "Penting sangat ke plaster ceiling ni? Kalau biarkan flat saja tak boleh ke?" Jawapan saya mudah: Lihat perbezaannya sendiri.
June 23, 2026
Duduk rumah high-rise memang mencabar kalau silingnya rendah. Rasa macam bumbung nak hempap kepala pun ada, kan? Tak Perlu Pecah Dinding Untuk Nampak Luas.
June 8, 2026
Bina siling beribu ringgit tapi guna lampu yang salah? Sayangnya! Pencahayaan adalah kunci untuk mencipta "Mood & Soul" dalam rumah anda.
Show More