Cahaya Mewah

1. COVE LIGHT
Lampu L-Box – Raja Ketenangan
Inilah rahsia rumah nampak "mahal". Lampu LED strip yang disorokkan di dalam lurah siling (L-Box) menghasilkan cahaya melimpah yang lembut.
KENAPA MEWAH
Ia memberikan efek ambient yang tenang tanpa menyakitkan mata. Sesuai untuk ruang tamu dan bilik tidur.

2. DOWNLIGHT
Recessed Light – Bukan Sekadar Terang
Jangan susun lampu ni macam grid pejabat! Pencahayaan yang strategik adalah kunci kepada estetika moden.
KENAPA MEWAH
Deep Anti-Glare (lampu yang tenggelam ke dalam) membuatkan siling nampak kemas dan cahaya tidak menyilau.

3. EYEBALL / SPOTLIGHT
Penonjol Karakter
Ada dinding yang dicat cantik atau ada lukisan mahal? Gunakan Eyeball untuk memberikan tumpuan visual.
KENAPA MEWAH
Ia boleh dilaraskan untuk menembak cahaya ke arah dinding (wall washing). Ini akan menampakkan tekstur dinding dan buat ruang nampak lebih luas.

4. TRACK LIGHT
Gaya Modern Industrial
Jika anda sukakan konsep Loft atau Modern Black, track light adalah pilihan terbaik untuk gaya yang lebih berani.
KENAPA MEWAH
Ia memberi vibe galeri seni yang sangat trendy dan berani, membolehkan anda mengubah arah cahaya mengikut keperluan.

5. CHANDELIER
The Statement Piece
Lampu gantung di tengah-tengah siling bertindak sebagai focal point yang mengikat keseluruhan dekorasi ruang.
KENAPA MEWAH
Memberikan impak visual yang dramatik dan elegan serta merta.



