Putih Tu Boring?

3 TREND UTAMA
1. DARK & MOODY
Hitam dan kelabu gelap
MENGENAI TREND
Jangan takut dengan warna gelap! Siling berwarna hitam atau charcoal grey memberikan kesan yang sangat eksklusif dan mewah.
KESAN RUANG
Ia menghilangkan "garisan" antara dinding dan siling, membuatkan ruang nampak lebih mendalam (depth) dan fokus kepada sistem pencahayaan anda.
SESUAI UNTUK:
"Bilik teater rumah (home cinema), bilik tidur utama, atau ruang tamu konsep industri."
2. TEKSTUR KAYU
Wood grain / imber look
MENGENAI TREND
Mahukan suasana yang cozy dan "mahal"? Penggunaan elemen kayu pada siling adalah jawapannya. Anda boleh gunakan kepingan plaster yang bercorak kayu atau siling jenis fluted panel.
KESAN RUANG
Memberi aura alam semulajadi dan kehangatan (warmth) pada rumah yang nampak terlalu "sejuk" atau moden.
SESUAI UNTUK:
"Ruang makan (dining area) atau balkoni tertutup."
3. WARNA PASTEL
Sage Green atau Soft Beige
MENGENAI TREND
Jika hitam terlalu ekstrem, cuba warna-warna bumi yang lembut. Warna seperti Sage Green atau Beige memberikan kelainan tanpa nampak terlalu sarat.
KESAN RUANG
Ruang nampak lebih tenang dan tidak membosankan berbanding putih kosong.
SESUAI UNTUK:
"Bilik anak-anak atau ruang kerja."
TIPS MEMILIH WARNA
1. KETINGGIAN SILING
Warna gelap akan membuatkan siling nampak lebih rendah dan intim. Jika siling anda sudah rendah, pilih warna pastel untuk kesan lebih luas.
2. KONTRAS DINDING
Pastikan warna siling anda harmoni dengan warna dinding. Gunakan roda warna untuk mencari kombinasi komplementari atau monokromatik
3. PENCAHAYAAN
Warna gelap memerlukan sistem pencahayaan yang baik (downlights atau cove lighting) untuk menonjolkan tekstur dan mengelakkan ruang nampak suram.
5. FUNGSI RUANG
Warna kayu sesuai untuk ruang makan yang memerlukan kehangatan, manakala sage green sangat menenangkan untuk bilik tidur atau ruang kerja.



