Jangan sampai sudah terhantuk baru nak tengadah! Memasang siling plaster bukan sekadar nampak rata dari bawah, tapi struktur di sebaliknya yang menentukan sama ada ia selamat atau bakal retak seribu.

Zaman sekarang bukan lagi zaman pakai timbang air manual yang pendek tu. Kontraktor pro akan guna Laser Leveler untuk pastikan seluruh siling rata tepat. Kalau nampak mereka sekadar "main agak" atau pakai tali tangsi sahaja, bersedialah untuk dapat siling yang senget sebelah.

Ini cara paling popular untuk jimat kos material. Jarak antara frame atau tulang besi
(u-channel/c-channel) sepatutnya mengikut spesifikasi (biasanya 2 kaki atau 600mm).
Kalau jarak terlalu jauh, siling akan melentur (sagging) selepas beberapa bulan.

Pernah nampak siling ada kesan retak memanjang pada sambungan kepingan plaster? Itu tandanya kontraktor tak guna Fiber Tape atau joint tape sebelum menyapu stopping compound. Tanpa pita ini, getaran kecil pun boleh buat siling anda nampak retak seribu.

Skru adalah "nyawa" yang memegang kepingan plaster pada tulang besi. Kalau skru dipasang terlalu jarang, kepingan plaster boleh tercabut. Selain itu, skru yang tidak ditenggelamkan dengan betul akan nampak berbonggol selepas dicat.

Kontraktor yang berkualiti sangat mementingkan kekemasan. Jika habuk dibiarkan merata, sisa siling tak dibuang, dan lantai tak dialas—itu petanda mereka tidak teliti dalam kerja. Kekemasan tempat kerja mencerminkan kualiti hasil tangan mereka.

Nak hasil yang
professional?
Pastikan anda bertanya tentang 5 perkara di atas sebelum menandatangani sebarang kontrak. Kualiti kerja mencerminkan ketelitian kontraktor anda